HaruMmANiS

By: Hafizudin Mohd Safar personal fotopages

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 25-Jul-2006 13:29 Email | Share | | Bookmark
Ragbi bawah 18 MSSPs 2006

En. Kamudin Harian Metro
lari jangan tak lari
 
View all 7 photos...

"Lari jangan tak lari...!!!"
(Perlawanan akhir Kejohanan Ragbi bawah 18 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Perlis 2006)
- Gambar dari Nikon CoolPix 2100 -

Keputusan kejohanan
# 1 - SMK Syed Sirajuddin
# 2 - SM Teknik Arau
# 3 - SMK Tengku Suleiman
# 4 - MRSM Beseri

Tahniah kepada semua pasukan dan penganjur.
Terima kasih kepada Encik Kamudin Harian Metro, brother Syam dan moZakim kerana sudi hadir bersama sebagai reporter dan jurufoto paparazzi sepanjang perlawanan akhir berlangsung



Saturday, 22-Jul-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Istiadat Konvokesyen Pertama KUKUM

Perarakan masuk Canselor - Konvo KUKUM
Di mana saya hari ini...



Perarakan masuk Canselor - Istiadat Konvokesyen Pertama Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM)

(akan diupdate kelak, insyaAllah) Klik sini --> JuruPenata-Cahaya rasmi semasa majlis berlangsung

Terima kasih kepada En. Aidil (Aidasma Creative), En. Sidi (Jurufoto DYMM Pemangku Raja Perlis) serta Pak Su (freelance photographer/videographer).



- HAFiZ -
Photographer
mobile | 012-5399031
emel | harummanis.@.gmail.com
YM | harummanis



TIPS UNTUK BAKAL GRADUAN YANG BAKAL MELANGSUNGKAN ISTIADAT KONVOKESYEN
(universiti, kolej universiti, kolej, maktab, institut, dan sebagainya)
- tips ini adalah untuk melancarkan majlis, seterusnya membuatkan majlis berkenaan amat bermakna bagi anda.

[1] CUBA DATANG SEMASA RAPTAI (rehersal) - untuk melihat dan mengetahui perjalanan majlis serta apa nak buat. boleh juga kalau tanya pada kawan2 atau tengok video tahun lepas. tapi kalau tersalah berjalan atau undur atau sebagainya di atas pentas, jangan salahkan orang lain. anda juga akan berasa penuh keyakinan dan tidak la panik nanti.

[2] MAKAN DAHULU SEBELUM DATANG KE MAJLIS - sesuatu konvo akan mengambil masa kekadang sampai 4-6jam. bermaksud kita tak berkesempatan untuk minum air kotak atau mineral tak kurang juga nak makan kuih dalam majlis... bukan apa, takut tumbang masa berdiri nak ambil ijazah. kalau dah beratur jam 8pg, kena la makan sahur awal pagi tu.

[3] SENYUM ITU ADALAH SEDEKAH - terdapat ramai orang dan banyak kamera (termasuk video) yang akan memberi tumpuan kepada para graduan. jadi, senyum2lah, kot anda akan difokuskan menjadi tumpuan. termasuklah kepada jurufoto gambar konvo anda. gambar anda dapat di snap sekali jer. kalau muka anda masam atau tengah terkeluar lidah dan sebagainya, itu memang dah tak boleh buat apa2. sbb kita tidak dapat nak beri arahan pada Canselor/Pro-Canselor untuk reshoot aksi yang tak jadi. begitu juga anda.

[4] SILA PATUHI ARAHAN PETUGAS DAN BERI KERJA SAMA SEKIRA DIMINTA- untuk melancarkan majlis.

[..] Akan ditambah jika teringat nanti...


Wednesday, 19-Jul-2006 06:09 Email | Share | | Bookmark
Raptai - Istiadat Konvokesyen Pertama KUKUM

Raptai Konvo Pertama KUKUM
Raptai Konvo Pertama KUKUM
 
View all 5 photos...
Di mana saya hari ini...


Gambar -- Lt. Kol. Prof. Dato' Dr. Kamarudin Hussin (Rektor Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia - KUKUM) berucap semasa raptai Istiadat Konvokesyen Pertama KUKUM di Dewan 2020 (Kangar, Perlis). Istiadat Konvokesyen akan disempurnakan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Pemangku Raja Perlis pada 22 Julai 2006, selaku Canselor pertama KUKUM.

Kepada seluruh warga KUKUM, serta graduan sulung KUKUM, tahniah diucapkan.

P/s: Kepada Nash, AbgSyam, Zaki, dan lain2, selamat bertugas!


Monday, 10-Jul-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Zoo Taiping trip

 
 
 
View all 12 photos...


Salam semua.

Hujung minggu lepas kami berkesempatan berkunjung ke Zoo Taiping secara berkumpulan. Sungguh seronok kerana berpeluang beramas mesra dengan beberapa kenalan lain yang mempunyai tahap keminatan yang tinggi terhadap fotografi. Yang tak berapa seronoknya bila kamera buat hal (bagaikan mimpi ngeri jika keadaan ini berlaku ketika sedang mengambil gambar).

Kat sini saya akan paparkan beberapa koleksi snap-shot semasa di Taiping... (ketika kamera saya masih berfungsi dengan baik).

Kepada semua yang pergi tempoh hari, saya ucap terima kasih kerana sudi melapangkan masa. Moga masing-masing enjoy di samping dapat sesuatu pengalaman dan pengetahuan baru. Terima kasih brother Azhar kerana sudi jadi 'tuan rumah'. Terima kasih Zaki kerana bg tumpang kreta hang. Terima kasih cikgu Syed Nasir & brother AyarqOren kerana sudi datang pada hari kedua untuk adakan 'salon photography'.

Hingga bertemu lagi...

-Hafiz-
012-5399031
harummanis@yahoo.com


Ini bukan ikan haruan...

Antara beberapa tips untuk mengambil gambar di zoo (dirumuskan dari trip ke Zoo Taiping)

[1] Selain wide-angle dan standard zoom yang sedia ada, (12-24mm, 18-70mm, 28-70mm, 24-120mm dan sebagainya) yang sedia ada, elok juga kalau dapat bawa bersama lensa telephoto / telephoto-zoom (contohnya 200mm, 300mm, 400mm, 500mm, 600mm, 70-200mm, 80-200mm, 70-300mm, 100-300mm, 90-300mm, 80-400mm, 200-400mm, 18-200mm, 28-200mm, 50-300mm, dan sebagainya, jika berkemampuan). Sbb jarak antara pengunjung dan haiwan dalam zoo agak jauh. Kalau yang guna kamera point-and-shoot-compact, pastikan bila zoom pada tahap maksima, elak dari menggunakan 'digital-zoom', nanti gambar 'pecah'.

[2] Kelajuan shutter (jika kamera dipegang dengan tangan, tanpa bantuan sokongan tripod/monopod)- guna prinsip bahawa shutter yg sesuai digunakan adalah sekurang2nya "(1/panjang fokal)" atau lebih. contohnya, kalau guna zoom pada 200mm, kelajuan shutter adalah sekurang2nya 1/200sec atau lebih. kalau 300mm, setkan pada sekurang2nya 1/300sec atau lebih.... untuk mengurangkan gegaran pada imej yang dihasilkan (kalau ada fungsi IS atau VR pada kamera/lens, boleh digunakan). kekadang semacam tak fokus dengan baik disebabkan mata yang kelabu atau back-focus. tapi sebenarnya, sebab kelajuan shutter yang kurang sesuai.

[3] Jangan lupa bawa monopod atau tripod (jika ada), sebagai satu penyelesaian kepada masalah di atas (penggunaan kelajuan shutter yang rendah). Boleh digunakan untuk mengambil self-portrait atau group-foto. Tripod juga boleh dijadikan monopod jika kita hanya panjangkan satu jer kakinya. Tripod juga boleh dijadikan dual-pod, pabila kita panjangkan hanya 2 daripada 3 kakinya. hehe!

[4] Jika nak snap gambar haiwan2 tersebut untuk tujuan penyelidikan, dan sebagainya, jangan lupa snap gambar papan tanda nama haiwan dan diskripsi haiwan berkenaan sebelum snap gambar haiwan tu sendiri. Ini memudahkan untuk merujuk semula nama dan catatan mengenai haiwan berkenaan di lain masa kelak. Tak perlu dah dok usung buku catatan ke sana ke mari. Kamera juga boleh digunakan sebagai 'mesin fotokopi bergerak' !

[5] sila bawa batery (dicas penuh) secukupnya, memory card secukupnya (lagi penting jika jenis memori kad kita tak sama ngan member2 yang lain), kamera spare jika perlu (kalau2 kamera masuk air, dsb), dan peralatan lain yang dirasakan perlu, serta pakaian yang bersesuaian.

[..].... akan ditambah lagi selepas ini, jika teringat .


Senarai yang turut hadir (klik nama untuk laman web)

Azhar Azra (family) - taukeh - contact dia kalau nak outing area Peneng,Perak, Kedah,Perlis
Asri
Anuar Rauna
Fadly n Ina
Hisyam Engchanfoto (family),
Mozakim
Yadziz & Azila
AyarqOren
Syed Nasir



Mozakim in action!




Wednesday, 5-Jul-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Suatu Petang Di Kuala Perlis (An Evening In Kuala Perlis)

 
 
 
View all 9 photos...


Beberapa orang di antara kami telah berkumpul di tepian Dataran Brasmana, Kuala Perlis. Sambil menikmati suasana petang/senja, kami berpeluang untuk mengadakan sesi bergambar, multiple-remote-flash. Nanti kita pi lagi ya kengkawan?! Best!

Untuk 'outing seterusnya, leh contact Mr. Syam atau Mr. Nash

-Hafiz-

Klik di sini ---> entry dari Mr.Syam






[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net