HaruMmANiS

By: Hafizudin Mohd Safar personal fotopages

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 10-Feb-2006 12:00 Email | Share | Bookmark
WRC 2008 - MALAYSIA!!!!!



UTUSAN MALAYSIA * 10 FEB. 2006 * 11 Muharam 1427

Malaysia sedia anjur WRC 2008
Oleh Fauzi Jaafar dan Abdul Hafiz Ahmad

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Malaysia bersedia menganjurkan Kejohanan Rali Dunia (WRC) sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun lagi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, buat masa ini Malaysia sedang berusaha untuk memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) sebelum layak menganjurkan kejohanan dunia itu.

Usaha itu juga kata beliau, akan meletakkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

``Kita (kerajaan) sedang berusaha untuk menganjurkan WRC. FIA sedang memantau dan memerhatikan kita dan kita bekerjasama dengan mereka (FIA) untuk mendapatkan hak penganjuran,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Kejohanan Rali Malaysia Felda-AAM (FMRC) 2006 di Dewan Perdana Felda di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said, Pengerusi Persatuan Automobil Malaysia (AAM), Datuk Mudzaffar Tunku Mustapha, Timbalan Presiden FIA, Nazir Hoosein dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Dr. Yusof Noor.

Najib berkata, Felda mempunyai sumber yang tepat untuk ditawarkan kepada sukan permotoran lasak seperti ladang kelapa sawit sebagai litar lumba yang memberi cabaran kepada pelumba.

Tambah beliau, WRC yang dijalankan di ladang-ladang kelapa sawit akan memberi publisiti yang besar kepada negara selain membuka peluang kepada masyarakat Felda membabitkan diri dalam bidang sukan permotoran lasak.

Mengulas mengenai penglibatan Felda dalam FMRC, beliau berkata agensi itu memperuntukkan sebanyak RM1 juta untuk menjayakannya.

``Kejohanan ini akan dijalankan berterusan dalam jangka masa yang panjang,'' jelas beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan.

FMRC akan bermula pada 24 hingga 26 Mac ini di Pekan, Pahang sebelum pusingan kedua beralih ke Perlis (19-21 Mei), Johor (18-20 Ogos) dan kembali ke Pahang bagi pusingan keempat (17-19 November).

Menurut Najib, FIA merupakan pemerhati rali kebangsaan Malaysia pada 2003 dan 2004, malah mereka memberikan hak penganjuran Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) semula kepada negara ini pada tahun lalu.

Kerajaan kata beliau, turut mengiktiraf sukan bermotor sebagai salah satu cara terbaik mempromosi minyak sawit ke pasaran antarabangsa.

Sementara itu, Yusof berkata , FMRC merupakan usaha terbaru Felda untuk memastikan Malaysia mendahului negara pengeluar minyak sawit lain kerana cara pemasaran yang biasa mungkin sudah ketinggalan zaman.

``Aktiviti seperti rali ini memang belum pernah dijalankan Felda tetapi kini merupakan salah satu pelan perniagaan agensi itu kerana Felda mesti kreatif, sesuai dengan keadaan semasa,'' katanya.

Bagaimanapun beliau menolak andaian bahawa Felda kini cuba mengikut jejak Petroliam Nasional (Petronas) yang telah menceburi sukan Formula Satu (F1) dengan menyertai sukan permotoran rali.


* * * * * * * * *



To YM Tengku Shahrin and MRC organizing team, best of luck!


-Hafizudin Mohd Safar-
YM/GoogleTalk : harummanis
012-5399031



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net