Want your
own Fotopage?





























 
HaruMmANiS

By: Hafizudin Mohd Safar personal fotopages

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 10-Jul-2006 12:00 Email | Share | Bookmark
Zoo Taiping trip

 
 
 
 
 
 
 
 
rauna78.fotopages.com
 
 
mozakim.fotopages.com in action


Salam semua.

Hujung minggu lepas kami berkesempatan berkunjung ke Zoo Taiping secara berkumpulan. Sungguh seronok kerana berpeluang beramas mesra dengan beberapa kenalan lain yang mempunyai tahap keminatan yang tinggi terhadap fotografi. Yang tak berapa seronoknya bila kamera buat hal (bagaikan mimpi ngeri jika keadaan ini berlaku ketika sedang mengambil gambar).

Kat sini saya akan paparkan beberapa koleksi snap-shot semasa di Taiping... (ketika kamera saya masih berfungsi dengan baik).

Kepada semua yang pergi tempoh hari, saya ucap terima kasih kerana sudi melapangkan masa. Moga masing-masing enjoy di samping dapat sesuatu pengalaman dan pengetahuan baru. Terima kasih brother Azhar kerana sudi jadi 'tuan rumah'. Terima kasih Zaki kerana bg tumpang kreta hang. Terima kasih cikgu Syed Nasir & brother AyarqOren kerana sudi datang pada hari kedua untuk adakan 'salon photography'.

Hingga bertemu lagi...

-Hafiz-
012-5399031
harummanis@yahoo.com


Ini bukan ikan haruan...

Antara beberapa tips untuk mengambil gambar di zoo (dirumuskan dari trip ke Zoo Taiping)

[1] Selain wide-angle dan standard zoom yang sedia ada, (12-24mm, 18-70mm, 28-70mm, 24-120mm dan sebagainya) yang sedia ada, elok juga kalau dapat bawa bersama lensa telephoto / telephoto-zoom (contohnya 200mm, 300mm, 400mm, 500mm, 600mm, 70-200mm, 80-200mm, 70-300mm, 100-300mm, 90-300mm, 80-400mm, 200-400mm, 18-200mm, 28-200mm, 50-300mm, dan sebagainya, jika berkemampuan). Sbb jarak antara pengunjung dan haiwan dalam zoo agak jauh. Kalau yang guna kamera point-and-shoot-compact, pastikan bila zoom pada tahap maksima, elak dari menggunakan 'digital-zoom', nanti gambar 'pecah'.

[2] Kelajuan shutter (jika kamera dipegang dengan tangan, tanpa bantuan sokongan tripod/monopod)- guna prinsip bahawa shutter yg sesuai digunakan adalah sekurang2nya "(1/panjang fokal)" atau lebih. contohnya, kalau guna zoom pada 200mm, kelajuan shutter adalah sekurang2nya 1/200sec atau lebih. kalau 300mm, setkan pada sekurang2nya 1/300sec atau lebih.... untuk mengurangkan gegaran pada imej yang dihasilkan (kalau ada fungsi IS atau VR pada kamera/lens, boleh digunakan). kekadang semacam tak fokus dengan baik disebabkan mata yang kelabu atau back-focus. tapi sebenarnya, sebab kelajuan shutter yang kurang sesuai.

[3] Jangan lupa bawa monopod atau tripod (jika ada), sebagai satu penyelesaian kepada masalah di atas (penggunaan kelajuan shutter yang rendah). Boleh digunakan untuk mengambil self-portrait atau group-foto. Tripod juga boleh dijadikan monopod jika kita hanya panjangkan satu jer kakinya. Tripod juga boleh dijadikan dual-pod, pabila kita panjangkan hanya 2 daripada 3 kakinya. hehe!

[4] Jika nak snap gambar haiwan2 tersebut untuk tujuan penyelidikan, dan sebagainya, jangan lupa snap gambar papan tanda nama haiwan dan diskripsi haiwan berkenaan sebelum snap gambar haiwan tu sendiri. Ini memudahkan untuk merujuk semula nama dan catatan mengenai haiwan berkenaan di lain masa kelak. Tak perlu dah dok usung buku catatan ke sana ke mari. Kamera juga boleh digunakan sebagai 'mesin fotokopi bergerak' !

[5] sila bawa batery (dicas penuh) secukupnya, memory card secukupnya (lagi penting jika jenis memori kad kita tak sama ngan member2 yang lain), kamera spare jika perlu (kalau2 kamera masuk air, dsb), dan peralatan lain yang dirasakan perlu, serta pakaian yang bersesuaian.

[..].... akan ditambah lagi selepas ini, jika teringat .


Senarai yang turut hadir (klik nama untuk laman web)

Azhar Azra (family) - taukeh - contact dia kalau nak outing area Peneng,Perak, Kedah,Perlis
Asri
Anuar Rauna
Fadly n Ina
Hisyam Engchanfoto (family),
Mozakim
Yadziz & Azila
AyarqOren
Syed Nasir



Mozakim in action!



Alaaaaa...rugi arrr tak pi. Aku leh pi amik gambaq memerang ja!! Hehhe..Nanti wat lagi tau. Aku nak pi gak. Takdak kamerapun aku bawak kain tola dah la. Buleh gak mandi ayaq terjun. Tue 11-Jul-2006 01:54
Posted by:scharewl scharewl@graphic-designer.com
~ tu diaaaa..geng2 yg terlibat dlm mini zooming tepeng..hehe..
~ founder event kali nie telah mengganazz smpai kamera buat hal..
~ bang, mekasih bnyk2 bg pinjam mcm2 kt kami,smpai trlupa nk pulang blk..camna nak bg ni?
Tue 11-Jul-2006 02:20
Posted by:iena  - [Link]
power sehh.. Tue 11-Jul-2006 03:43
Posted by:jejaka
mak aii.. rupanya begitu complicated sekali cara nak amik gambaq nooo hehe.. yg saya tau, bila nak amik gambaq tekan butang and snap jaa laah hehe.. maklumlaa, bkn pro, camera pon camera cap ayam jaa hehehe... Tue 11-Jul-2006 04:39
Posted by:idaa  - [Link]
meriah jugak Tue 11-Jul-2006 07:03
Posted by:Digitaldome Frogtography  - [Link]
Din tak payah sedih pasai kamera tu...hang beli je yg baru, yg rosak tu hang bagi kat aku..
anyway sempoi dapat outing gan hampa..
Tue 11-Jul-2006 08:28
Posted by:asryy@macro lens asryy2001@yahoo.com  - [Link]
jadi geng akulah oii
kamera telefon
Tue 11-Jul-2006 08:42
Posted by:Ron97  - [Link]
tempat kosong sebelah Rauna tu sebenarnya tempat Jejaka(Nizam), Aku dan Scharewl...adehh..tak leh pi...rugi rugi.. Tue 11-Jul-2006 09:22
Posted by:ruslin  - [Link]
" tempat kosong sebelah Rauna tu sebenarnya tempat Jejaka(Nizam), Aku dan Scharewl...adehh..tak leh pi...rugi rugi.."

aikkk.. siapalah aku nie..
Tue 11-Jul-2006 12:10
Posted by:~ j.e.j.a.k.a ~ FM4555 ~  - [Link]
terasa kerdil jer diri bila tgk semua pegang camera canggih Wed 12-Jul-2006 07:57
Posted by:AZURAHAKIM  - [Link]
im sure u can afford to grab the d200...get one laa...anyway...like the ikan haruan photo. wud love to join the zooming (if there will be any in the future) Wed 12-Jul-2006 08:48
Posted by:®
pergh, gempak ler gambar2 hang.. Wed 12-Jul-2006 09:19
Posted by:Pakcik Wanna Talk  - [Link]
terima kasih semua kerana sudi visit sini. tak mampu nak beli D200, body saja RM6k. nak ikhtiar repair D70. kalau Nikon tak dapat nak repair gak, nak jual buah pinggang sebelah utk beli body kamera baru... Wed 12-Jul-2006 10:32
Posted by:hafiz hin harummanis@yahoo.com  - [Link]
bukti-bukti yg nyata kelihatan disini.. mmg sempoi .. Wed 12-Jul-2006 12:15
Posted by:~ j.e.j.a.k.a ~ FM4555 ~  - [Link]
Nice.... to gathered person for the 1st time. Kena buat lagiiiii bolihh aku join... itu ari aku ada kerja.... sorryyy. Wed 12-Jul-2006 23:33
Posted by:bukit zainudinabubakar@yahoo.com
uishh...bestnya!! teringin la nak join bila2 ada lagi.
din, takkan la sampai nak juai buah pinggang kot...kesian dengaq..
Thu 13-Jul-2006 00:22
Posted by:dia  - [Link]
sapa nk jual buah pinggang nie? iskh iskh.. Thu 13-Jul-2006 07:50
Posted by:~ j.e.j.a.k.a ~ FM4555 ~  - [Link]
terima kasih kerana turun bersama2 utk memeriahkan lagi outing kali ini.. best kalau boleh buat macam ni sekurang2nya sebulan sekali...jom join kat penang pulak. Thu 13-Jul-2006 15:06
Posted by:AZRA  - [Link]
boh gambarq ni kat forum ..ramai blom tengok lagi kot Thu 13-Jul-2006 15:07
Posted by:AZRA  - [Link]
itu ikan arowana tu cool abes! Best nyer gi ramai2 ...photo-shooting made fun yer.
Nway, bagus ler itu tips..
Fri 14-Jul-2006 03:30
Posted by:rossya  - [Link]
gambaq ikan tu memang lawo..
signboard selamat datang ke zoo taiping tu dah tak sesuai lagi.. lepas ni kena letak logo nikon ka.. canon ka atau apa-apalah yg sesuai.. janji DSLR.. kodak filem tu dah agak lama..hehehe..
Fri 14-Jul-2006 09:00
Posted by:mrbaha  - [Link]
Cantik la gambar ikan tu.. kelisa kan? Sat 15-Jul-2006 04:58
Posted by:alongkay alongkay@yahoo.com  - [Link]
rasanya ikan tu spesis arowana... tapi tak pasti samada yg ini jenis yg kita bela dalam akuarium atau boleh membesar sebesar jadi giant. kalau memang jadi besar giler, abis ikan koi tu dimakan nanti...
(p/s: masa p taiping kamera buat hal. so semangat pun takda, idea pun takda, shooting gambar pun jadi serba tak kena...)
Sat 15-Jul-2006 05:25
Posted by:hafiz hin harummanis@yahoo.com  - [Link]
selalu lalu je zoo taiping tuh...tp x penah2 nak singgah...kene singgah nih.. Sat 15-Jul-2006 08:26
Posted by:chees elilo2000@yahoo.co.uk  - [Link]
Ade D70...Kalau nak beli agak-agak beraper yekk....?
Rase-rase nyer nak jual la......
Sat 15-Jul-2006 19:29
Posted by:hafiz hafiz.aziz@gmail.com
tahun depan
mesti lagi ramai sure nye lah!
Sat 15-Jul-2006 21:47
Posted by:aji  - [Link]
hafiz azizi... kalau iya ada D70 nak dijual, brapa harga tawaran? leh tau shutter-count? jual skali ngan lens ker? kalau ofer menarik, mungkin leh dipertimbangkan...

bro aji... thanks for the encouragement!
Sun 16-Jul-2006 15:31
Posted by:hafiz hin harummanis@yahoo.com  - [Link]
Meriah btol..rugi tak gi..uhuksss Tue 18-Jul-2006 14:24
Posted by:ND  - [Link]
shutter count tak pasti..camner nak check...?
D70 nyer kalu bole body je ...kot
Tue 18-Jul-2006 19:14
Posted by:hafiz hafiz.aziz@gmail.com
Thanks 4 visiting my fp.Nw, klau tk keberatan..sudi2 la bgi photo critic gmbr2 kt pf saya ye.Saya masih baru dlm bidang fotografi ni.Msih byk yg perlu saya pelajari dan tunjuk ajar dri senior seperti saudara;-) hrp sudi ye.. terima kasih

Salam ukwah
Wed 19-Jul-2006 17:14
Posted by:mdfakhrulrazi  - [Link]
Thanks bro...already count the shutter..it works....thanks again.
The shutter of my D70 is 8312.
Tue 25-Jul-2006 20:32
Posted by:hafiz
uik... din, camna nk kira shutter count? habag mai kat aku sama... Wed 26-Jul-2006 06:41
Posted by:mozakim zaki_rc@yahoo.com  - [Link]
tak susah la nak kira shutter count... tiap kali dia bunyi, kenal bilang. pastu catat kat menana... insyaAllah leh kira janji jangan guna continous shooting kot cepat sangat nak bilang.

Download "iExif viewer" di ---> http://www.opanda.com --- cari Opanda iExif viewer
Wed 26-Jul-2006 08:21
Posted by:hafiz hin harummanis@yahoo.com  - [Link]
GMBR IKAN TU BEST Fri 1-Sep-2006 08:53
Posted by:CYKM  - [Link]
menarik di zoo taipimg Tue 5-Jun-2007 03:09
Posted by:ammirul valdarist@yahoo.com
Sat 4-Aug-2007 05:44
Posted by:nurul
menarik gmbr2 & informasi serta tips2 tu...
mai tgk koleksi saya di zoo taiping http://ayiedigipix.fotopages.com/?entry=1563625
Tue 15-Jul-2008 04:14
Posted by:AyiePictorial  - [Link]
lawa gmbr2 tu.tringin nk ambik gmba .mcm tu.munkin 1 ri nti nk ambik kos potogrfi lah wktu ijazh.insylah.mcm kenal je yg pakai bju itam tu.cikgu skolah panglima Tue 3-Feb-2009 04:35
Posted by:mawar


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.